RESOLUSI MUZAKARAH ULAMA’ KEFARDHUAN MENGUNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA


Muzakarah Ulama anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang bersidang pada 27 Mac 2013 di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya telah membincangkan kefardhuan mengundi calon Muslim berwibawa pada pilihan raya umum ke-13. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1 -  Muzakarah bersetuju untuk menerima kefardhuan mengundi calon Muslim berwibawa pada pilihan raya umum 13 demi memastikan agenda memartabatkan Islam terus kukuh apabila terpilihnya calon Muslim berwibawa.
2 - Ciri-ciri Muslim berwibawa adalah dari kalangan calon Muslim yang menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh syarak seperti amanah dan kuat (القوي الأمين), berakhlak, seorang yang setia, mengutamakan perpaduan dan kesejahteraan rakya serta tidak mendokong fikrah yang bertentangan dengan Islam seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan sebagainya. Calon-calon yang mempunyai sifat-sifat ini sahaja yang mampu melaksanakan tugas wakil rakyat Islam dengan baik mengikut neraca syarak.
3 - Menyeru seluruh umat Islam agar memilih calon Muslim berwibawa tanpa mengira parti. Calon Muslim berwibawa ini adalah harapan kepada umat Islam dalam memperjuangkan agenda dan kepentingan Islam.
4 - Sebagai praktikalnya, dalam suasana berikut:
a - Apabila seorang Muslim berwibawa berhadapan dengan seorang non Muslim, maka pemilihan sudah semestinya ke atas Muslim berwibawa tersebut.
b - Apabila seorang Muslim berhadapan dengan seorang Muslim yang lain, maka umat Islam hendaknya memilih calon yang lebih berwibawa antara keduanya.
c - Apabila seorang non Muslim berhadapan dengan non Muslim yang lain, maka umat Islam perlu melakukan dua perkara berikut:
i. Di kawasan majoriti pengundi Muslim, maka hendaklah dihantar calon Muslim.
ii. Di kawasan majoriti pengundi non Muslim, maka pemilihan calon hendaklah berdasarkan parti yang paling kurang mudharat kepada Islam.
5 - Menyeru calon-calon yang terpilih supaya memastikan bahawa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta menteri – menteri kanan mestilah daripada kalangan Muslim berwibawa agar memastikan bahawa pentadbiran negara akan lebih selari dengan prinsip-prinsip syarak
6 - Menyeru calon-calon yang terpilih supaya mempertahankan Islam di parlimen dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain tanpa mengira parti yang diwakili. Calon-calon Muslim perlu bersepakat tanpa mengira latar belakang parti apabila berhadapan dengan kepentingan umat dan agama Islam.
DR AZNAN HASAN
PENGERUSI
MAJLIS ULAMA’ ISMA


0 comments: