Assalamualaikum.
Setelah beberapa hari menunggu detik pengiraan markah, kini sessi permarkahan bagi Stesen Pertama sudah selesai. Dan tujuh (7) entry peserta juga telah terpilih untuk stesen kedua. Bererti, minggu 'vote' atau undian. Dimana, pada stesen kedua, blogger boleh mengundi hanya tiga (3) peserta untuk ke stesen terakhir. INGAT! Satu blogger hanya boleh mengundi tiga (3) peserta sahaja untuk ke pusingan akhir.
Permarkahan dan pemilihan tujuh (7) entry kontest bukanlah diambil secara rawak, tetapi ada sebabnya mereka layak. Berikut adalah sebab kenapa mereka layak untuk ke stesen ke dua bagi BCR Contest | How I Met BCR :
Penulisannya yang kemas dan mengikut tertib penulisan. Mudah dibaca. Haluan temanya juga dijaga rapi. Sangat mudah orang lain atau pembaca untuk memahami konteks penulisannya. Satu entry yang ringkas tapi padat dengan isian yang dikehendaki terma dan syarat.
Penulisannya agak sempoi berunsurkan lawak. Penulisannya dapat mencuit hati pembaca dengan beberapa unsure humor yang berada pada kategori 'sengal' apabila berada di klimaks penulisannya. Tak berasa jemu untuk membaca entrynya, tapi perlukan fokus pembacaan kerana kekemasan tulisannya dibawah tahap baik.
Entry yang bersertakan komik ringkas yang berada pada kategori 'sengal-lawak-nya'. Penulisannya kemas. Mudah dibaca oleh orang lain atau pembaca awam. Dalam kekemasan penulisan, jalan cerita nya membawa kita pada satu garisan lurus. Bererti, mudah faham. Walaupun jelas kelihatan lawak-sengal' didalam entrynya. Walaupun tidak ringkas, tapi penuh pengisian yang membuatkan pembaca tidak jemu membacanya.
Penulisannya kemas. Mudah dibaca. Mempunyai pendahuluan yang agak kelakar. Gaya penulisannya boleh mencuit hati pembaca. Jalan penceritaannya mudah untuk difahami. 'Kecomelan' nya terserlah melalui penulisan. Tapi. Dalam kecomelan, entrynya masih tidak lari dari tema yang ditetapkan. Sekali lagi. Entry ini dapat mencuit hati pembaca.
Penulisannya yang kurang penulisan. Sangat kurang penulisannya tapi Berjaya mencuit hati pembaca (yang-ter-amat-sangat) dengan kekreatifan penulis. Iaitu melalui printscreen. Dari printscreen itu dia menceritakan segalanya. Seperti satu entry wordless. Dengan kata lain, gambar lebih menerangkan segalanya dari huraian. Kerana dari gambar kita boleh melihat segala sifat dan kerenah sesuatu benda. Atau orang. Atau apa apa sahaja. Tak kurang juga jalan cerita penceritaannya. Entry yang sangat mencuit hati.
Satu entry yang kemas penulisannya. Teratur jalan ceritanya. Penceritaannya membawa pembaca kepada satu penjelasan pada setiap persoalan. Tidak banyak liku dan tidak juga sebuah entry direct-to-the-point. Entrynya seperti mempunyai identity sendiri. Tidak begitu bersifat humor. Tapi lebih kepada membawa penjelasan. Membuat pembaca tertarik dengan gaya penulisannya.
Entrynya seolah olah kolaburasi antara penulisan, gambar dan printscreen. Penulisan yang bawah tahap baik. Tetapi kreatif. Pembaca tidak akan 'lost' dalam penulisannya. Penceritaan yang 'smooth' atau lebih tepatnya, teratur. Penulisannya mencuit hati pembaca. Satu lagi entry berunsurkan 'lawak-sengal'.
***********
Semua di atas adalah sedikit synopsis dari entry-entry peserta yang berjaya ke stesen kedua. Diharap segala synopsis itu tidak mensaiko anda. Jika mahukan lebih kesahihan synopsis itu, anda dijemput untuk terjah dan menilai sendiri penyertaan-penyertaan tersebut dengan mengklik pada nama-nama mereka.
Sudah ada keputusan siapa yang layak untuk ke stesen ketiga? Mari 'vote' entry mereka pada form yang telah disediakan. Tapi harus DIINGATKAN bahawa setiap blogger hanya boleh 'vote' atau mengundi tiga (3) sahaja calon untuk ke pusingan terakhir. Jika anda mengundi lebih dari tiga, kami akan batalkan borang undian tersebut kerana dikira undian rosak.
Tempoh undian anda SAH SEBELUM 25hb March 2012.
*UPDATE : Kepada calon yang ditangkap menggunakan kaedah event atau invitation untuk mengundi blog dia sahaja, dia akan disingkirkan atas alasan menghasud pembaca lain.
*UPDATE 2 : Borang undian yang kurang dari tiga(3) entry pilihan akan DIBATALKAN atas alasan penghasutan.
*UPDATE 2 : Borang undian yang kurang dari tiga(3) entry pilihan akan DIBATALKAN atas alasan penghasutan.
Tajaan khas dari ;











4 comments:
cmne nk undi?
klik link http://www.emailmeform.com/builder/form/we807GMlScH3cb .. :)
nak undi sape erkk? smua entry drg pun best...nyet..nyett
semua best x tau nak undi mana satu
Post a Comment